Saturday, November 13, 2010

Rescuing Datuk Seri Najib

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengatakan Datuk Seri Najib Razak yang dimasukkan ke wad VVIP di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 5hb November 2010 akibat mengalami rasa tidak selesa dalam perut mungkin berpunca daripada cacar yang dihidapi Perdana Menteri sejak beberapa hari lalu. Datuk Seri Najib memerlukan rehat yang mencukupi dan akan diletakkan dalam pemerhatian untuk tempoh beberapa hari bagi memantau perkembangan kesihatannya.

 Dr Mohd Ismail menyatakan endoskopi yang dilakukan ke atas Najib menunjukkan Perdana Menteri mengalami ulser dan gastritis ringan, tetapi sudah diberi rawatan. 

Pada 7hb November 2010, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibenarkan keluar Hospital Kuala Lumpur (HKL), selepas dimasukkan ke hospital sejak Khamis lalu setelah memberi respon yang baik terhadap rawatan yang diberikan dan akan mengikuti diet biasa. Beliau dinasihati berehat di kediamannya dan akan mengikuti jadual pemeriksaaan perubatan.

No comments:

Post a Comment