Yang mana menurut Sejarah Melayu, nama Melaka ni muncul apabila Parameswara (Raja Iskandar Syah) sedang berehat di bawah sebatang pokok di tepi sungai, semasa berehat di bawah pokok itulah Parameswara telah melihat suatu kejadian yang ganjil iaitu seekor pelanduk @ kancil telah menendang anjing perburuannya sehingga jatuh ke dalam sungai, Parameswara sangat kagum dengan kejadian itu
"Baik tempat ini, sedang pelanduknya lagi gagah; baiklah kita berbuat negeri disini."
Maka Raja Iskandar bertanya , "Apa nama kayu ini, tempat kita bersandar?"
Maka sembah orang, "Kayu Melaka namanya Tuanku."
Maka titah baginda, " Jika demikian, Melakalah nama negeri ini." '
Petikan daripada W.G Shellabear, Sejarah Melayu, Edisi 3, halaman 54.
Nama Melaka juga dikatakan berasal daripada sebutan para pedagang Arab yang datang berdagang di Melaka iaitu “Mulaqah” yang bermaksud pertemuan. Melaka juga dikenali sebagai “Malakat” iaitu perhimpunan segala dagang”
Selain itu, pokok Melaka dalam bahasa Sanskit dikenali sebagai Amalaka. Menurut mitos Hindu dalam karya Skanda Purana Amalaka ialah pokok pertama yang tumbuh di alam semesta. Pokok ini dikaitkan dengan tempat kediaman tuhan agama Hindu iaitu Brahma, Vishnu, dan Shiva. Buahnya juga mempunyai kuasa ajaib.
No comments:
Post a Comment