Pelabuhan Melaka telah terkenal sejak abad ke 15 lagi. Sebagai pemimpin yang berkaliber dan berfikiran jauh, Parasmeswara telah menyediakan pelbagai kemudahan di pelabuahan Melaka untuk menarik minat para pedagang untuk berdagang di Melaka. Antara kemudahannya ialah;
1) Tempat membaiki kapal
2) Gudang tempat menyimpan barang
3) Bekalan air bersih dan makanan
4) Tenaga kerja di pelabuhan
5) Tempat penginapan kepada para pedagang
Segala kemudahan ini telah menyebabkan para pedagang dari segala pelusuk dunia suka dan selesa untuk datang berdagang di Melaka dan menyebabkan pelabuhan Melaka menjadi terkenal sebagai pusat perdagangan entrepot.
- Entrepot bermaksud pusat pengumpulan barang dan juga pusat pengedaran barang bagi Kepulauan Melayu, Timur dan juga Barat.


