Friday, December 3, 2010

Kemudahan di Melaka

        Pelabuhan Melaka telah terkenal sejak abad ke 15 lagi. Sebagai pemimpin yang berkaliber dan berfikiran jauh, Parasmeswara telah menyediakan pelbagai kemudahan di pelabuahan Melaka untuk menarik minat para pedagang untuk berdagang di Melaka. Antara kemudahannya ialah;
 
           1)   Tempat membaiki kapal
           2)   Gudang tempat menyimpan barang
           3)   Bekalan air bersih dan makanan
           4)   Tenaga kerja di pelabuhan
           5)   Tempat penginapan kepada para pedagang

    Segala kemudahan ini telah menyebabkan para pedagang dari segala pelusuk dunia suka dan selesa untuk datang berdagang di Melaka dan menyebabkan pelabuhan Melaka menjadi terkenal sebagai pusat perdagangan entrepot.
  •                Entrepot bermaksud pusat pengumpulan barang dan juga pusat pengedaran barang bagi Kepulauan Melayu, Timur dan juga Barat.

Sistem pemerintahan Melaka yang teratur


Sistem pemerintahan Melaka yang teratur diwarisi turun temurun semenjak daripada pembukaan Melaka oleh Parameswara sehingga kini.
          Raja Iskandar atau Parameswara telah memperkenalkan sistem pentadbiran yang teratur dimana baginda telah membuat pembahagian tugas kepada pembesar dan juga rakyat supaya pemerintahan baginda berjalan dengan lancar.
          Baginda telah melantik pembesar yang bertanggungjawab dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan balairungseri.
          Baginda juga telah melantik 40 orang bentara untuk menjalankan perintah baginda.
          Selain itu, baginda juga melantik biduanda kecil ataupun dikenali sebagai budak suruhan raja, budak kundang dan juga juak-juak untuk membawa alat kebesaran diraja.

Wednesday, December 1, 2010

Asal Usul Nama Melaka

Menurut sumber, Melaka mendapat nama daripada nama pokok, perkataan Arab dan juga bahasa Sanskrit.
Yang mana menurut Sejarah Melayu, nama Melaka ni muncul apabila Parameswara (Raja Iskandar Syah) sedang berehat di  bawah sebatang pokok di tepi sungai, semasa berehat di bawah pokok itulah Parameswara telah melihat suatu kejadian yang ganjil iaitu seekor pelanduk @ kancil telah menendang anjing perburuannya sehingga jatuh ke dalam sungai, Parameswara sangat kagum dengan kejadian itu
'Maka titah Raja Iskandar Syah,
"Baik tempat ini, sedang pelanduknya lagi gagah; baiklah kita  berbuat negeri disini."
Maka Raja Iskandar bertanya , "Apa nama kayu ini, tempat kita bersandar?" 
Maka sembah orang, "Kayu Melaka namanya Tuanku."
Maka titah baginda, " Jika demikian, Melakalah nama negeri ini." '
                                      Petikan daripada W.G Shellabear, Sejarah Melayu,                                        Edisi 3, halaman 54.

Nama Melaka juga dikatakan berasal daripada sebutan para pedagang Arab yang datang berdagang di Melaka iaitu “Mulaqah” yang bermaksud pertemuan. Melaka juga dikenali sebagai “Malakat” iaitu perhimpunan segala dagang”

          Selain itu, pokok Melaka dalam bahasa Sanskit dikenali sebagai Amalaka. Menurut mitos Hindu dalam karya Skanda Purana Amalaka ialah pokok pertama yang tumbuh di alam semesta. Pokok ini dikaitkan dengan tempat kediaman tuhan agama Hindu iaitu Brahma, Vishnu, dan Shiva. Buahnya juga mempunyai kuasa ajaib.